Pengikut

Khamis, 18 November 2010

Pembangunan SAR Sg.Rokam

Pada 13/11/2010 jam11.30 am YAB DS Husni Hanazlah-Menteri Kewangan bersama YB Dato Hamidah bt. Osman serta rombongan telah mengadakan lawatan tapak pembangunan baru Sek.Agama Rakyat Sg.Rokam. Kos mendirikan bangunan ini berjumlah 2.1 juta ringgit.Bangunan ini dilaksanakan oleh LY Cons.SdnBhd dan diawasi oleh pihak JKR Daerah Kinta. Bangunan dijangka akan siap pada penghujung bulan Disember 2010 ini. Setakat ini pelajar yang berjumlah seramai 450 orang belajar dikawasan bangunan kepunyaan masjid Sg.Rokamk dan selebihnya pihak sekolah menyewa rumah diJln.Tampoi Kampung Sg.Rokam.
Dengan terdirinya bangunan Sekolah baru dapat memberi keselesaan anak-anak kariah kampung ini belajar dalam pengajian agama dengan lebih mendalam lagi.Dengan terdiri bangunan ini akan menambahkan lagi bilangan ibubapa dalam mukim ini akan menghantar anak-anak mereka kepusat pengajian agama SAR Kampumng Sg.Rokam.
Pihak JKKK Kampung Sg.Rokam serta pentadbiran Jemaah SAR Sg.Rokam mengucapkan ribuan terima kasih atas keperhatian kerajaan terhadap anak-anak kariah kampung ini berharap akan dapat melahirkan jenarasi akan datang mereka yang berilmu/bertakwa/beriman walau pun telah menjadi seorang pemimpin dalam masyarakat dimasa-masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan