Pengikut

Sabtu, 22 Januari 2011

Majlis pengajian oleh Dato Mohd Nor Alhafis

Pada 21hb.Jan.2011 jam diantara 8.10pm - 9.20pm bertempat diMasjid Sultan Idris Iskandar Shah 1 Kpg.Sg.Rokam Ipoh, Satu majlis pengajian agama telah diadakan yang disampaikan oleh Dato Mohd Noor Mansor Alhafis. Dalam pengajian yang telah disampaikan oleh beliau menyentuh mengenai hubungan masyarakat dalam Islam tanpa mengira fahaman masing-masing lebih berpegang kepada Islam semata-mata. Memberi ektibar begaimana negara-negara Islam semangkin lemah dengan adanya perpecahan tanpa mengira hukum tuhan yang telah dinyatakan dalam Alquraan.
Ulasan- Kehadiran dianggarkan lebih kurang 200 orang terdiri dari muslimin dan muslimat, dan dengan adanya majlis pengajian saperti ini dapat mepupuk dikalangan masyarakat bersatu padu tanpa mengira fahaman politik ikuti masing-masing. Majlis saperti ini akan di susun setiap masa yang telah di jadualkan oleh Jawatankuasa masjid ini.

Lawatan ADUN Sg.Rapat Ke Tadika Kemas Sg.Rokam

Pada 21hb. Jan.2011 jam diantara 10.00 hingga 11.30 bertempat di sekolah Tadika Kemas Kampung Sg.Rokam, YB Dato Hamidah bt. Osman ADUN Sg.Rapat dan rombongan nya telah mengadakan lawatan ke sekolah Tadika Kemas Kpg.Sg.Rokam. Dalam lawatan tersebut beliau telah mengadakan berjumpaan dengan guru-guru tadika dan disamping itu telah menghulurkan sadikit sumbangan hadiah kepada setiap pelajar sebagai satu galakan kepada anak-anak berminat pada untuk belajar apabila tiba keperingkat persekolahan yang akan datang. Diakhir lawatan pihak Tadika kemas telah menyediakan minuman ringan dan seterusnya rombongan telah beredar dengan ucapan terima kasih dari pehak sekolah.
Ulasan- Lawatan ADUN Sg.Rapat merupakan program yang selalu diadakan bagi merapatkan hubungan masyarakat setempat dalam menagani sebarang masaalah yang timbul. Dengan adanya lawatan saperti ini agar segala masaalah dapat diselesaikan bersama dengan Ketua Kampung yang ditugaskan sebagai tali hubungan antara masyarakat dan pemimpin iaitu ADUN dalam kawasan tersebut.