Pengikut

Rabu, 1 Disember 2010

Pembinaan Pagar Surau Mujahiden Pekan Razaki

Pembinaan pagar Surau Mujahidin Pekan Razaki dalam Kariah Kampung Sg.Rokam telah siap dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM 10,000.00 (Sepuloh ribu ringgit) pada 5/11/2010. Pembinaan ini peruntukkan dari kerajaan negeri dibawah DUN Sg.Rapat. Pembinaan ini dibuat untuk mengelakkan kawasan surau diceroboh oleh orang ramai bagi tujuan tertentu. Kawasan ini juga telah dirancangkan oleh J/Kuasa surau untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah pengajian Agama bidang tahfiz peringkat menengah dikalangan anak-anak penduduk kawasan taman ini.
Ulasan- Projek tersebut adalah perancangan kerajaan negeri dibawah pentadbiran DUN Sg.Rapat yang perihatin dengan pembangunan yang dirancang oleh penduduk setempat bagi kemudahan semua.

Rabu, 24 November 2010

Pengambilan Pelajar baru SAR Sg.Rokam 2011

Sekolah Agama Rakyat Sg.Rokam telah mula menerima pendaftaran pelajar baru bagi tahun 2011 dan sessi pengajian akan bermula pada bulan Jan 2011 yang akan datang. Pada tahun ini semua pelajar akan mula belajar dibangunan baru yang dijangka siap pada bulan Dis 2010 ini, sebelum ini pelajar-pelajar hanya menumpang dibangunan kawasan masjid dan selebih nya pihak sekolah telah menyewa bangunan rumah yang telah lama boleh menjejaskan keselamatan. Sehubungan dengan ini pentadbiran sekolah mempelawa anak-anak kariah kawasan Sg.Rokam dapat mendaftar lebih awal supaya dapat membuat persiapan bagi keselesaan pelajar. Pada tahun 2010 keseluruhan pelajar berjumlah 450 orang kemungkinan bilangan ini akan bertambah memandangkan prestasi pengajian lepasan sekolah ini amat baik dalam bidang agama keseluruhan nya.
Ulasan
Pihak lembaga SAR dan JKKK Kampung Sg.Rokam dan penduduk kariah kawasan ini amat sukacitanya atas keperhatinan kerajaan telah dapat menyumbangkan peruntukkan mendirikan sebuah bangunan sekolah agama yang diidamkan oleh penduduk dikawasan ini sekian lama nya. Ini menunjukkan apa yang kerajaan janjikan oleh pemimpin telah dikotakan.

Majlis Khatan Rumah Dato Ali-Pekan Razaki

Pada 21/11/2010-Ahad jam 12.00 t/hari bertempat dikediaman Rumah Dato Ali -Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, telah mengadakan satu majlis berkhatan terhadap keluarga nya. Majlis pada peringkat awal nya disebelah pagi telah diadakan majlis membaca Alkuraan yang dihadiri oleh Kesatuan Wanita Pekan Razaki. Pada jam 12.00 t/hari membaca doa selamat yang dihadiri oleh para jemaah Masjid Sg.Rokam. Majlis yang diadakan ini secara sederhana dengan jemputan tertentu sahaja.
Ulasan
Majlis merupakan anjuran keluarga dan disamping itu dapat merapatkan hubungan kemeseraan dikalangan penduduk kawasan ini dan tokoh-tokoh tertentu dikalangan penduduk setempat dan ahli politik.

Sabtu, 20 November 2010

Majlis berkhatan keluarga

Pada 20/11/2010 jam diantara 1.30 pm bertempat dino.48 Jln.Sukun Kg.Sg.Rokam iaitu rumah Tn.Hj.Sulaiman b.Hj.Suki-Ketua UMNO Caw. Rapat Setia,telah mengadakan satu majlis berkhatan terhadap cucu nya. Majlis bermula dengan membaca doa selamat dan tahlil apabila para jemaah selesai menunai solat zuhor. Doa selamat telah dibawa oleh Ust. Abdullah Ahmad Ridzuan - Guru Agama Sek.Men.Agama Izuddin Shah Ipoh, dan setelah selesai jamuan makan tengah hari telah diadakan. Kehadiran dianggarkan seramai 170 orang tetamu jemputan meraikan majlis tersebut.
Ulasan. Sungguh pun majlis ini secara sederhana sahaja, tetapi amat bermakna dan dalam keadaan suasana mariah antara keluaga beliau dengan penduduk tempatan.

Kejadian Banjir Kilat Kampung Sg.Rokam

Pada 19/11/2010 jam diantara 5.30pm bertempat dijalan Tampoi dan Jln. Larah yang berhampiran dengan Sg.Pinji telah dinaiki air sedalam 1meter. terdapat 8 buah rumah telah menerima bancana tersebut tanpa diduga, terdapat disebilanagan penghuni rumah mendapat sadikit kerugian yang tidak dapat dielakkan. Air telah mula surut pada jam 8.30 malam setelah hujan mula berhenti secara perlahan.
Ulasan-Kawasan ini sentiasa terlibat dengan banjir setiap kali hujan lebat tanpa berhenti. Bagi mengatasi kejadian ini dimasa-masa akan datang tidak berlaku, pehak kerajaan dari Majlis Bandaraya Ipoh telah meluluskan peruntukan untuk membina benteng di tebing Sg.Pinji dan projek tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekan ini. Dalam Kejadian saperti ini YB Dato Hamidah bt.Osman-ADUN Sg.Rapat sentiasa mengambil perhatian dalam kejadian saperti ini dan dengan dayausha beliau pembinaan ini telah dapat dilaksanakan

Mesyuarat JKM Penubuhan J/Kuasa Bencana.

Pada 19/11/2010 jam diantara 3.00 pm-5.15pm bertempat diPejabat JKM Kawasan Kinta, satu mesyuarat Ketua-ketrua Kampung DUN SG.Rapat telah diadakan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En.Mohd Noor b.Mohamad-Pegawai JKM Kawasan Kinta. Tujuan mesyuarat yang diadakan tersebut berhasrat setiap kampung dapat menubuhkan Jawatankuasa Bencana terutama kepada bencana banjir,kebakaran dan angin ribut.
Ulasan. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Bencana disetiap kampung sebagai satu persiapan awal bagi menghadapi bercana sekiranya berlaku kejadian tersebut. Ini juga memudahkan pihak tertentu mengambil tidakan dengan lebih berkesan terhadap mereka yang menerima bencana.

Majlis Kuliah Subuh Oleh Tan Seri Mufti Negeri Perak

Pada 20/11/2010 bertempat diMasjid Idris Iskandar Shah 1 Kampung Sg.Rokam,selepas jemaah menunaikan solat subuh, satu majlis kuliah subuh telah diadakan. Penceramah yang diundang ialah Tan Seri Harusani b. Hj.Zakaria-Mufti kerajaan negeri Perak. Kehadiran dianggarkan seramai 150 orang terdiri dari para jemaah kawasan Sg.Rokam keseluruhan kawasan Taman yang berhampiran. Diantaranya dalam ucapan beliau menyentuh mengenai sejarah ibadah korban bermula berlaku dan disamping itu mengujudkan perpaduan dikalangan ummah dalam masyarakat Islam serta tidak menunaikan sembahyang lima waktu
merupakan dosa-dosa besar yang mana tidak
bersyukur nikmat Allah yang telah diberikan kepada setiap maanusia. Setiap umat Islam perlu berusaha bersungguh mencari razeki dan kekayaan yang ada negara ini merupakan satu tuntutan dalam fardu kifayah agar umat Islam dapat menunaikan zakat rukun Islam yang kelima.
Ulasan
Majlis yang diadakan ini merupakan salah satu aktivi Masjid ini yang telah ditetapkan setiap minggu. Dengan adanya majlis saperti ini dapat menambahkan pengetahun ilmu dikalangan jemaah muslim dan muslimat serta dapat merapatkan hubungan dalam kariah ini.
Jamuan minum pagi
Jam diantara 7.30 am majlis telah bersurai dan semua jemaah telah diberi jamuan oleh J/Kuasa masjid di Restoran Sahul yang berhampiran dengan masjid.










Jumaat, 19 November 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana

Pada 18/11/2010 jam 11.30 pagi bertempat di kediaman rumah Tn.Hj.Alang Abd Rahman-Ketua
Kampung Melayu Sg.Rapat beralamat 1A Jln.Raja Abdullah Sg.Rapat, Satu majlis penyampaian sumbangan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana banjir dan agin ribut yang telah berlaku pada yang lepas. Majlis bermula pada pagi nya dengan jamuan ringan sempena manyambut hari raya korban. Penduduk dari Kampung Sg.Rokam yang terlibat seramai 18 orang termasuk dari Pekan Razaki, 7 orang terlibat dengan banjir dan 11 orang terlibat bencana angin ribut melibatkan bumbung rumah tercabut. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato Hamidah bt.Osman-ADUN Sg.Rapat pada jam 12.00 t/hari. Majlis telah selesai pada jam 1.00 pm dalam keadaan suasana yang meriah dan harmoni.
Ulasan.
Dengan kehadiran YB Dato Hamidah bt. Osman-ADUN Sg.Rapat, menyampaikan sumbangan dapat merapatkan lagi hubungan sarta kemeriah dalam majlis yang diadakan tersebut.Penduduk merasa gembira dan terharu atas keperhatian seorang pemimpin dapat melapangkan masa bersama rakyat dibawahan.

Majlis ibadah korban Kg.Sg.Rokam tahun 2010

Pada 18/11/2010 mulai jam 7.30 am bertempat diDewan Dato Ahmad Kampung Sg.Rokam, Jawatankuasa Masjid Kampung Sg.Rokam bersama kariah yang dilantik telah mengadakan majlis ibadah korban. Majlis bermula dengan membaca doa selamat dan takbir dan seterusnya ibadah korban telah dimulakan dengan penyembelihan sebanyak 11 ekor lembu. Pengagihan daging untuk orang ramai bermula jam 12.00 tengah hari. sebanyak 450 bungkus telah diagihkan dikalangan penduduk kariah kampung ini terutama nya bagi mereka yang daif dan susah. Disepanjang majlis yang diadakan tersebut berjalan dengan baik dan teratur sebagaimana yang telah dirancangkan. Majlis telah selesai pada jam 1.30 pm.
Ulasan
Disamping menganjurkan majlis ibadah kurban yang telah dirancang dengan telitinya,dapat memupuk hubungan kerjasama diantara satu sama lain serta pengenalan yang lebih rapat dikalangan penduduk setempat dalam kariah ini

Khamis, 18 November 2010

Projek Melebarkan Jln. Rokam,Kg.Sg.Rokam.

Majlis Bandaraya Ipoh telah mula menjalankan kerja-kerja projek melebarkan jalan besar masuk ke


Program MAKA SK Sg.Rokam tahun 2010

Pada 15/11/2010 jam 5.00-5.30 ptg bertempat di Hotel Hillcity Ipoh satu majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Sek.Kebangsaan Sg.Rokam telah diadakan. Majlis diresmikan oleh En.Mohd Rauhi b. Mohd Isa-Pengarah Pelajaran negeri Perak. Murid yang telah berjaya mendapat 5A UPSR tahun 2010 seramai 25 orang.Pelajar-pelajar yang mendapat anugerah seramai 6 orang diantaranyaAnugerah Potensi-Mohd Nazhrin b. Faisal Sabri (tahun5) dan Nur Ain Afifa bt. Mohd Anuar (Tahun 5)Anugerah Guru Besar-Mohd Nasrul Haziq b.Z.Abidin (Tahun6) dan Amirah Nur Fatinah bt. Faridam Shah (Tahun 6) Anugerah Tokoh Murid-Mohd Saad b. Mohd Mahfuz (Tahun 6) Dan Maisarah bt. Hj. Mad Diah.

Pembangunan SAR Sg.Rokam

Pada 13/11/2010 jam11.30 am YAB DS Husni Hanazlah-Menteri Kewangan bersama YB Dato Hamidah bt. Osman serta rombongan telah mengadakan lawatan tapak pembangunan baru Sek.Agama Rakyat Sg.Rokam. Kos mendirikan bangunan ini berjumlah 2.1 juta ringgit.Bangunan ini dilaksanakan oleh LY Cons.SdnBhd dan diawasi oleh pihak JKR Daerah Kinta. Bangunan dijangka akan siap pada penghujung bulan Disember 2010 ini. Setakat ini pelajar yang berjumlah seramai 450 orang belajar dikawasan bangunan kepunyaan masjid Sg.Rokamk dan selebihnya pihak sekolah menyewa rumah diJln.Tampoi Kampung Sg.Rokam.
Dengan terdirinya bangunan Sekolah baru dapat memberi keselesaan anak-anak kariah kampung ini belajar dalam pengajian agama dengan lebih mendalam lagi.Dengan terdiri bangunan ini akan menambahkan lagi bilangan ibubapa dalam mukim ini akan menghantar anak-anak mereka kepusat pengajian agama SAR Kampumng Sg.Rokam.
Pihak JKKK Kampung Sg.Rokam serta pentadbiran Jemaah SAR Sg.Rokam mengucapkan ribuan terima kasih atas keperhatian kerajaan terhadap anak-anak kariah kampung ini berharap akan dapat melahirkan jenarasi akan datang mereka yang berilmu/bertakwa/beriman walau pun telah menjadi seorang pemimpin dalam masyarakat dimasa-masa akan datang.

Sabtu, 6 November 2010

Projek Sek.Agama Rakyat/Joging treak

unan

majlis taskirah dan penyampaian sumbangan masjid

Tarikh : 5/11/2010
Masa : 6.30 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Masjid Idris Iskandar Shah 1 Kg. Sg.Rokam.Ipoh,Perak
Pengerusi Majlis: YM Raja Hj.Halimul Rashid-Pengerusi Masjid
Tokoh-tokoh yang hadir terdiri dari,
i) Tn.Hj.Alang Abd.Rahman - Wakil YB Dato Hamidah bt. Osman-EXCO Kerajaan negeri Perak
ii)Abd Sapori b.Ngah Yahya- Ketua Kampung Seri Rahmat
iii) En.Mansor b. Pandak Din - Ketua Kampung Pengkalan Pegoh.
iv) Tn.Hj.Hamzah b. Othman - Pengerusi Masjid Sg.Rokam
v)Tn.Yahya b. Zainuddin - Ketua Kampung Sg.Rokam
Sambutan Majlis
Pada jam 6.30 pm semua jemaah kariah Kg.Sg.Rokam telah berkumpul berada dalam masjid dikalangan muslimin dan muslimat mendengar ucapan taskirah agama yang disampaikan oleh Ust. Firdaus b.Jaafar- Pegawai Agama dari MAIPk. Setelah selesai jemaah menunai solat magrib
satu majlis penyampaian sumbangan dari YB Dato Hamidah bt. Osman yang diwakili oleh Tn.Hj.Alang Abd.Rahman. Setelah selesai menunaikan solat isyak semua para jemaah yang hadir telah disediakan sadikit jamuan ringan yang dikendalikan oleh Ketua Kampung Sg.Rokam. Kehadiran dianggarkan seramai 250 orang. majlis berjalan dengan lancar dan teratut mengikut yang telah dirancangankan walau pun YB Dato Hamidah bt. Osman tidak hadir telan diwakilkan oleh Tn.Hj.Alang Abd Rahman.

Jumaat, 5 November 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2010

Pada 3hb Okt 2010 iaitu hari Ahad JKKK kampung Sg.Rokam telah mengadakan satu majlis sambutan hariraya aidil fitri tahun 2010. Sebelum majlis ini diadakan persiapan telah dirancangan terlebih awal dengan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sambutan dan berikutnya dua hari sebelum majlis adakan persiapan dewan telah diadakan. Majlis bermula pada jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. tetamu jemputan yang hadir terdiri dari YB Dato Hamidah bt.Osman ADUN Sg.Rapat/EXCO kerajaan negeri Perak, Yg.Bhg Dato Lat, Ketua Puteri UMNO Bah. Gopeng, Mej(B) Tn.Hj.Roslan b. Zakaria-Tim.UMNO Bah.Gopeng Semua Jawatankuasa Kampung, penduduk Sg.Rokam, dan penduduk kawasan taman yang berhampiran. Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang

Rabu, 4 Ogos 2010

Majlis Program Kampung


Satu program majlis kekeluargaan akan diadakan diperkarangan Padang sekolah Kebangsaan Sg.Rokam bagi merapatkan hubungan dan perkenalan di antara satu sama lain. Majlis yang akan diadakan ini lebih ditumpukan kepada sukan.