Pengikut

Jumaat, 19 November 2010

Majlis ibadah korban Kg.Sg.Rokam tahun 2010

Pada 18/11/2010 mulai jam 7.30 am bertempat diDewan Dato Ahmad Kampung Sg.Rokam, Jawatankuasa Masjid Kampung Sg.Rokam bersama kariah yang dilantik telah mengadakan majlis ibadah korban. Majlis bermula dengan membaca doa selamat dan takbir dan seterusnya ibadah korban telah dimulakan dengan penyembelihan sebanyak 11 ekor lembu. Pengagihan daging untuk orang ramai bermula jam 12.00 tengah hari. sebanyak 450 bungkus telah diagihkan dikalangan penduduk kariah kampung ini terutama nya bagi mereka yang daif dan susah. Disepanjang majlis yang diadakan tersebut berjalan dengan baik dan teratur sebagaimana yang telah dirancangkan. Majlis telah selesai pada jam 1.30 pm.
Ulasan
Disamping menganjurkan majlis ibadah kurban yang telah dirancang dengan telitinya,dapat memupuk hubungan kerjasama diantara satu sama lain serta pengenalan yang lebih rapat dikalangan penduduk setempat dalam kariah ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan