Pengikut

Isnin, 25 April 2011

Majlis Salam Mesra Ahli Wanita

Pada 24hb April 2011 jam 3.00pm bertempat dialamat No.38 Jln.Sukun sg.Rokam, rumah Ketua Kampung, satu majlis salam mesra anjuran Wanita UMNO Cawangan Sg.Rokam telah diadakan. Kehadiran seramai 35 orang terdiri dari ahli wanita Cawangan. Mereka yang turut hadir Pn. Maimunah bt. Khalid-Ketua Wanita UMNO Cawangan dan dua orang Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Gopeng. Majlis pada mula nya ucapan Tn.Hj.Yahya b. Zainuddin selaku tuan rumah dan Ketua Kampung dan berikutnya bacaan yassin yang diketuai oleh Pn. Maimunah Arjo-AJK Wanita UMNO Bahagian serta bacaan doa selamat. Kesempatan dalam majlis tersebut telah menerangkan persiapan-persiapan bagi menghadapi PRU 13 akan datang tidak lama lagi.
Ulasan Majlis ini merupakan sebagai salah satu aktiviti Wanita UMNO Cawangan bagi persiapan menghadapi PRTU yang akan datang. Dengan adanya majlis sarupa ini dapat menentukan kekuatan barisan penyokong UMNO terutama nya dikalangan kaum wanita.

Bencana Angin Ribut

Pada 20hb. April 2011 jam 3.15 petang satu bencana angin ribut berserta hujang lebat telah berlaku menyebabkan sebuah rumah no.30 Jln Tampoi Sg.Rokam telah ditimpa sebatang pokok kelapa tumbang dirumah nya menyebabkan disebelah dinding papan rumah tersebut telah pecah dan terkopak. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1,000.00. Dan pada masa yang sama rumah dialamat No 70 Jln.Rokam Sg.Rokam sebanyak enam bumbung rumah nya telah diterbangkan oleh angin, kerugian dianggarkan RM 500.00. Lapuran Polis telah dibuat diBalai Kampung Rapat. Hj.Yahya b. Zainuddin sebagai Ketua Kampung telah memaklumkan kepada YB Dato Hamidah bt. Osman-ADUN Sg.Rapat bersabit dengan kejadian tersebut. Pada 21hb.April 2011 jam 12.00 pm beliau telah mengadakan lawatan ditempat tersebut dan berjumpa dengan mereka yang terlibat. Sumbangan secara peribadi telah disampaikan oleh YB Dato. Lapuran terperinci bersama dengan gambar kejadian telah disediakan oleh Ketua Kampung dan telah diserahkan pada Pejabat Daerah untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu mangsa yang terlibat.
Ulasan. Kehadiran YB Dato ketempat kejadian, amat bermakna bagi mereka yang terlibat dalam bencana tersebut juga pandangan masyarakat setempat.

Majlis Gotong Royong membersihkan Dewan

Pada 17hb April 2011 jam diantara 9.30 am bertempat diperkarangan Dewan orang ramai Kampung Sg.Rokam. Pertubuhan Sepeda Kelasik Daerah Kinta bersama dengan belia Kampung telah mengadakan majlis Gotong Royong membersihkan bangunan Dewan Orang Ramai Kampung Sg.Rokam. Pengerusi JKKK Kampung telah menyediakan minuman pagi dan makan tengah hari bagi menjayakan majlis tersebut.

Ulasan. Majlis mendapat sambutan yang mengalakan dengan ada nya bermuafakatan belia kampung bersama pertubuhah tersebut menjayakan majlis yang amat bermakna ini. Dengan adanya majlis saperti ini mengharapkan agar belia dapat menceburkan diri dalam sebarang kerja-kerja amal dalam masyarakat dimasa-masa akan datang

Senamrobik/ masyarakat sihat dalam kampung.

Pada 16hb April 2011 jam 9.00 am bertempat dipadang permainan tanah lapang Jalan Sukun Kpg. Sg.Rokam, Seramai 40 orang penduduk kampung berbagai peringkat umor telah mengadakan senaman robik bagi kesihatan sihat tubuh badan. Memandangkan kehadiran yang bagitu ramai serta hasrat peserta agar senaman ini akan diteruskan setiap minggu setiap hari Sabtu disebelah pagi.
Ulasan. Program ini telah dianjurkan oleh KRT Sg.Rokam dengan kerjasama Ketua Kampung dan JKKK Kampung Sg.Rokam sebagai menyahut seranan P/menteri agar rakyat negara ini dalam kedudukan sihat. Dan disamping itu mengiratkan ikatan masyarakat setempat dalam komoditi masyarakat kampung.

Sabtu, 23 April 2011

Rabu, 6 April 2011

Bencana rumah terbakar / banjir kilat.

Pada 6hb. April 2011 jam diantara 4.45 pm hari selasa bertempat No.7 Lintasan Rokam 3 Pekan Razaki, Ipoh Perak. Satu kejadian kebakaran rumah telah berlaku terhadap En. Abd Majid b. Sulaiman-Pen.Pengarah Jabatan Kebudayaan dan kesenian negeri Perak. Pehak bomba telah dapat menyelamatkan rumah sebelah menyebelah dari berlaku nya kebekaran yang lebeh besar. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 30.000.00.