Pengikut

Isnin, 25 April 2011

Bencana Angin Ribut

Pada 20hb. April 2011 jam 3.15 petang satu bencana angin ribut berserta hujang lebat telah berlaku menyebabkan sebuah rumah no.30 Jln Tampoi Sg.Rokam telah ditimpa sebatang pokok kelapa tumbang dirumah nya menyebabkan disebelah dinding papan rumah tersebut telah pecah dan terkopak. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1,000.00. Dan pada masa yang sama rumah dialamat No 70 Jln.Rokam Sg.Rokam sebanyak enam bumbung rumah nya telah diterbangkan oleh angin, kerugian dianggarkan RM 500.00. Lapuran Polis telah dibuat diBalai Kampung Rapat. Hj.Yahya b. Zainuddin sebagai Ketua Kampung telah memaklumkan kepada YB Dato Hamidah bt. Osman-ADUN Sg.Rapat bersabit dengan kejadian tersebut. Pada 21hb.April 2011 jam 12.00 pm beliau telah mengadakan lawatan ditempat tersebut dan berjumpa dengan mereka yang terlibat. Sumbangan secara peribadi telah disampaikan oleh YB Dato. Lapuran terperinci bersama dengan gambar kejadian telah disediakan oleh Ketua Kampung dan telah diserahkan pada Pejabat Daerah untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu mangsa yang terlibat.
Ulasan. Kehadiran YB Dato ketempat kejadian, amat bermakna bagi mereka yang terlibat dalam bencana tersebut juga pandangan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan