Pengikut

Selasa, 15 Februari 2011

Majlis penerangan/dailog dengan KPB Kpg.Rapat

Pada 14hb. Feb.2011 jam diantara 5.00pm bertempat didalam masjid Sultan Idris Shah 1 Kpg.Sg.Rokam Ipoh, Perak. Satu majlis dailog dan penerangan berkaitan dengan pencegahan Jenayah telah diadakan. Majlis telah diadakan setelah para jemaah selesai menunaikan solat waktu asar dan majlis ini telah disusun oleh Ketua Kampung Sg.Rokam serta mendapat kerjasama dari Ketua Polis Balai serta rombongan nya seramai 3 orang yang hadir. Penerangan telah disampaikan oleh Insp. Raja Mohd Zani b. Raja Omar-Ketua Polis Balai Kampung Rapat serta dibantu oleh En.SM Kamaruddin-Tim.KPB. Diantara dalam ucapan beliau menyentuh mengenai kurang nya maklumat berkaitan dengan jenayah/dadah serta lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang menyukarkan pihak polis untuk menjalankan tugas serta rondaan ditempat-tempat yang selalu berlakunya jenayah. Sehubungan dengan ini menyeru masyarakat dikawasan ini dapat membantu dan terus berhubung dengan Balai Kg.Rapat atau bilik gerakkan IPD Ipoh. Semasa dalam ruang pertanyaan dikalangan jemaah yang ada bersama dalam majlis tersebut telah menyuarakan agar pihak Polis selalu kerap membuat rondaan dikawasan tertentu dan kawasan Masjid yang kerap kali berlaku kecurian kelengkapan barang masjid malah berlaku kecurian wang tabung yang selalu hilang. Majlis telah tamat pada jam 7.00 pm dengan mendapat sambutan yang mengalakkan serta mengharapkan sessi saperti ini akan diadakan lagi dari masa kesemasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan