Pengikut

Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Maulidulrasul anjuran DUN Sg.Rapat

Pada 15hb.Feb.2011 jam diantara 8.30-11.00 pagi hari selasa, bertempat diMasjid Sultan Idris Shah 1 Kampung Sg.Rokam Ipoh, Perak. Satu Majlis Maulidul Rassul yang dianjurkan Wanita DUN Sg.Rapat telah diadakan. Dalam majlis tersebut YB Dato Hamidah bt. Osman-ADUn Sg.Rapat merangkap EXCO Kanan kerajaan negeri Perak telah hadir bersama dalam majlis tersebut. Penceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ust Hj.Yeop Saidin b. Mohd Yamin-Naib Kadhi Sg.Rapat dan penceramah bebas. Kehadiran dianggarkan seramai 250 orang terdiri dari wanita dikawasan DUN Sg,Rapat berbagai peringkat. Dalam ucapan penceramah menyentuh mengenai peranan Nabi SAW dapat menyatukan umat maanusia hidup dalam aman berpandukan alquraan dan sehubungan dengan ini beliau mengharapkan rakyat dinegara ini perlu bersatu padu tanpa mengira fahaman politik dan sejak diakhir-akhir ini timbulnya tuduh menuduh yang boleh membawa perpecahan sesama orang Islam, dan perkara ini terkeluar dari sunnah Nabi SAW yang kita sayangi.

Majlis penerangan/dailog dengan KPB Kpg.Rapat

Pada 14hb. Feb.2011 jam diantara 5.00pm bertempat didalam masjid Sultan Idris Shah 1 Kpg.Sg.Rokam Ipoh, Perak. Satu majlis dailog dan penerangan berkaitan dengan pencegahan Jenayah telah diadakan. Majlis telah diadakan setelah para jemaah selesai menunaikan solat waktu asar dan majlis ini telah disusun oleh Ketua Kampung Sg.Rokam serta mendapat kerjasama dari Ketua Polis Balai serta rombongan nya seramai 3 orang yang hadir. Penerangan telah disampaikan oleh Insp. Raja Mohd Zani b. Raja Omar-Ketua Polis Balai Kampung Rapat serta dibantu oleh En.SM Kamaruddin-Tim.KPB. Diantara dalam ucapan beliau menyentuh mengenai kurang nya maklumat berkaitan dengan jenayah/dadah serta lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang menyukarkan pihak polis untuk menjalankan tugas serta rondaan ditempat-tempat yang selalu berlakunya jenayah. Sehubungan dengan ini menyeru masyarakat dikawasan ini dapat membantu dan terus berhubung dengan Balai Kg.Rapat atau bilik gerakkan IPD Ipoh. Semasa dalam ruang pertanyaan dikalangan jemaah yang ada bersama dalam majlis tersebut telah menyuarakan agar pihak Polis selalu kerap membuat rondaan dikawasan tertentu dan kawasan Masjid yang kerap kali berlaku kecurian kelengkapan barang masjid malah berlaku kecurian wang tabung yang selalu hilang. Majlis telah tamat pada jam 7.00 pm dengan mendapat sambutan yang mengalakkan serta mengharapkan sessi saperti ini akan diadakan lagi dari masa kesemasa.

Sabtu, 12 Februari 2011

Perasmian mesyuarat agung Pertubuhan Speda Klasik Kinta

Pada 6hb.feb.2011(sabtu) jam diantara 9.00 pagi bertempat diDewan Kg.Sg.Rokam, Pertubuhan Sepeda Kelasik Kinta telah mengadakan mesyuarat agung bagi tahun 2011 -2012. Majlis telah diresmikan oleh Hj.Yahya b. Zainuddin-Ketua Kampung Sg.Rokam. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ketua Kampung menyeru semua ahli merapatkan hubungan dikalangan masyarakat setempat dengan mengadakan program, sebagai Ketua Kampung akan memberi kemudahan untuk mengunakan Bangunan Dewan untuk menjalan sebarang aktivi bagi mempupuk dikalangan belia mencebur diri dalam pertubuhan yang berfaedah

Sabtu, 5 Februari 2011

Lawatan DYMM Raja Muda Perak/Solat Jumaat

Pada 4hb.Feb.2011 jam diantara 1.25 pm hari Jumaat bertempat diMasjid Sultan Idris Iskandar Shah 1 Kg.Sg.Rokam Ipoh, Perak. DYMM Raja Muda Perak telah menunaikan solat Jumaat diMasjid ini, setelah selesai menunaikan solat berjumpa dan bersalam dengan Ketua Kampung,semua J/Kuasa Masjid dan para jemaah kariah yang berada bersama